Ad

Saturday 26 June 2021

Perancis terlalu kuat'

Agensi



PERANCIS mempamerkan aksi meyakinkan setakat ini. FOTO EPA

Bucharest: Marcel Desailly percaya tidak ada skuad Perancis lebih kuat berbanding yang ada ketika ini.

Skuad bimbingan Didier Deschamps adalah dilabel pilihan untuk memenangi Euro 2020 sekali gus menambah koleksi kejuaraan selepas menjulang Piala Dunia tiga tahun lalu.

Les Bleus menamatkan aksi Kumpulan F dengan lima mata daripada perlawanan bertemu Jerman, Portugal dan Hungary dengan bekas pemain kebangsaan, Desailly berasa yakin selepas melihat prestasi semasa mereka sebelum ini.

"Perancis memberi keyakinan kepada saya. Mereka menamatkan aksi peringkat kumpulan maut di tempat pertama. Saya sangat berpuas hati," katanya kepada La Provence.

"Dengan formasi 4-3-3, mereka beraksi lebih baik berbanding ketika di Piala Dunia.

Tiga pemain tengah Perancis menguasai perlawanan sambil dibantu oleh (Karim) Benzema dan (Antoine) Griezmann. Mereka tidak takut dengan mana-mana lawan."

Desailly menambah: "Sejujurnya saya tidak tahu sejauhmana skuad ini mampu mara. Kami mempunyai semua elemen.

"Kita bercakap mengenai sebuah pasukan juara dunia. Jika kesemua mereka mempamerkan aksi terbaik, mereka mampu menewaskan sesiapa sahaja.

"Mereka terlalu kuat dan bukannya bergantung kepada 11 pemain di atas padang saja."

Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 11:21am.1

______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723182/perancis-terlalu-kuat

No comments:

Post a Comment