Ad

Tuesday 29 June 2021

Uruguay menang tipis

Agensi



PEMAIN Uruguay, Nahitan Nandez cuba dihalang Robert Rojas dari Paraguay. FOTO EPA

Rio de Janeiro: Uruguay menamatkan saingan Copa America peringkat kumpulan dengan kemenangan 1-0 ke atas Paraguay seterusnya bakal berdepan Colombia di suku akhir.

Setakat ini aksi di Amerika Selatan sangat berbeza dengan suasana Euro di Eropah.

Beraksi di stadium yang sangat sunyi, pasukan bimbingan Fede Valverde yang sudah pun melayakkan diri hanya mampu memburu kedudukan kedua terbaik selepas tumpas kepada juara kumpulan, Argentina sebelum ini.

Edison Cavani turun dalam kesebelasan utama tanpa Luis Suarez, yang meminta agar dia direhatkan di bangku simpanan.

Cavani meledak gol kemenangan melalui sepakan penalti pada minit ke-28 dan tidak banyak peluang untuk menambah jaringan.

Velverde melakukan beberapa pertukaran dan pemainnya hanya melakukan beberapa sentuhan merbahaya di luar petak penalti lawan.

Jika dapat mengatasi Colombia di suku akhir, Uruguay dijangka berdepan sekali lagi laluan berliku dengan berkemungkinan berdepan Argentina di separuh akhir.

Argentina akan berdepan Ecuador di suku akhir selepas lawan mereka itu menamatkan peringkat kumpulan di tangga keempat.

Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 11:29am.1

_______________________________

No comments:

Post a Comment