Ad

Monday, 28 June 2021

Ronaldo dihujani mesej simpati



Oleh Meja Sukan

28 Jun 2021, 11:46 amSEVILLE: Cristiano Ronaldo dihujani mesej simpati di media sosial selepas Portugal tersingkir dari Euro 2020 biarpun dia telah melakukan segala-gala yang terdaya untuk membantu pasukannya.

Rembatan deras Thorgan Hazard memadai untuk membawa Belgium mara ke suku akhir dan menyingkirkan juara bertahan 1-0 dalam aksi di Stadium La Cartuja, Seville awal pagi tadi.

Biarpun tidak berada pada prestasi terbaiknya, Ronaldo, 36, menunjukkan kesungguhan untuk membantu Portugal bangkit dengan serangan bertali-arus.

Dia turut menguji penjaga gol lawan, Thibaut Courtois menerusi sepakan bebas yang cantik pada babak pertama, namun gagal menembusi gawang Belgium.

Sudahpun meledak lima gol dalam Euro 2020 dan memecah rekod penjaring terbanyak dunia, Ronaldo bagaimanapun gagal membawa Portugal untuk memahat sejarah merangkul kejuaraan Eropah dua kali berturut-turut.

Biarpun Portugal kalah, Ronaldo tetap legenda Euro dengan muncul satu-satunya pemain yang membuat lima penampilan.

Lelaki ini telah memberi segala-galanya buat Portugal, tapi Portugal gagal ke suku akhir,” tulis pemilik akaun Twitter, Rafay.1

____________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/ronaldo-dihujani-mesej-simpati/

No comments:

Post a Comment