Agensi
REAKSI Mbappe selepas penaltinya diselamatkan Sommer. FOTO AFP
Bucharest: Kylian Mbappe meminta maaf selepas gagal menjaringkan penalti yang menyebabkan Perancis tersingkir di Euro 2020 di tangan Switzerland dan menegaskan dia mungkin tidak lenar tidur akibat kegagalannya itu.
Sepakan Mbappe diselamatkan Yann Sommer yang membantu Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis 5-4 menerusi penentuan penalti di pusingan kedua awal pagi tadi.
Perancis mendahului 3-1 ketika permainan berbaki 15 minit di Bucharest namun Switzerland bangkit dengan dua gol memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Mbappe yang mengambil penalti terakhir hanya mampu menyaksikan sepakannya diselamatkan Sommer sekali gus Perancis gagal ke suku akhir kejohanan utama (Kejohanan Eropah dan Piala Dunia) buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.
"Sangat sukar melupakan kekecewaan ini,'' kata Mbappe yang paling banyak meledak 14 percubaan tanpa menjaringkan gol berbanding pemain lain di Euro 2020.
"Kami tak berjaya mencapai misi kami. Saya minta maaf dengan penalti itu. Saya mahu membantu pasukan tetapi gagal. Sangat menyakitkan. Sukar untuk saya tidur malam ini tetapi ia adalah risiko dalam sukan bola sepak yang amat saya minati.
"Saya tahu anda penyokong pasti kecewa tapi saya tetap berterima kasih di atas sokongan padu dan sentiasa mempercayai kami.
"Yang paling penting ialah kami akan bangkit lebih kuat untuk berdepan cabaran akan datang. Tahniah Switzerland, semoga berjaya."
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 9:40am.1
_________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724027/mbappe-minta-maaf-tak-lena-tidur
No comments:
Post a Comment