Jun 29, 2021 @ 9:02am
BUCHAREST, Romania: Bekas pemain pertahanan England, Garry Neville percaya 'detik hitam' dialami Kylian Mbappe ketika ini akan menjadi pengajaran berguna buat pemain itu menjadi sehebat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Mbappe gagal menyempurnakan penalti pada aksi pusingan 16 terbaik di National Arena, di sini, menentang Switzerland, sekali gus menyaksikan Perancis tersingkir daripada saingan Euro 2020 selepas tewas 5-4 menerusi sepakan penentuan.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan yang menyaksikan Switzerland kembali bangkit dalam aksi masa sebenar untuk menyamakan kedudukan pada lewat permainan.
Mbappe yang juga penyerang Paris Saint Germain (PSG) turut terlepas beberapa peluang bagi menjaringkan gol pada masa tambahan.
Neville percaya pemain berusia 22 tahun itu akan melalui tempoh sukar dalam beberapa minggu akan datang tetapi ia akan membuatkan dirinya kuat untuk menjadi pemain yang hebat.
"Dia mempunyai beberapa peluang pada masa tambahan dan anda berasakan yang nasib tidak menyebelahi dirinya.Dia mempunyai kualiti untuk menjadi pemain terhebat dunia seperti Cristiano dan Messi.
"Ini adalah sebahagian halangan yang perlu diharunginya. Ia akan menjadi beberapa minggu yang sukar untuk dirinya tetapi dia mampu mengharunginya," kata Neville.
- AGENSI.1
______________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/833391/euro-detik-hitam-bakal-jadikan-mbappe-sehebat-messi-ronaldo
No comments:
Post a Comment