Jun 27, 2021 @ 12:17pm
Pemain Itali, Matteo Pessina (baring) meraikan gol kedua pasukannya pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 menentang Austria di Stadium Wembley, London. Itali menang 2-1, namun Pessina mencuri perhatian apabila meraikan jaringan dengan `meleret’ mukanya di atas padang. - Foto EPA.
LONDON: Itali dijangka menang mudah ke atas Austria pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di Stadium Wembley, di sini, mamun jangkaan itu meleset.
Anak buah Roberto Mancini berdepan pasukan rajin dan begitu tersusun, malah Austria dilihat memiliki peluang lebih baik untuk menang dalam tempoh 90 minit.
Mereka sepatutnya boleh menang apabila Marko Arnautovic menjaringkan gol pada minit ke-56 namun dibatalkan rakaman video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid sebelum dinafikan penalti apabila VAR mendapati mereka sekali lagi ofsaid.
Perlawanan diheret ke masa tambahan dan selepas lima minit, Itali mendahului perlawanan menerusi pemain gantian, Fernando Chiesa. Sebelum berakhirnya babak pertama masa tambahan, Itali melebarkan jurang kepada 2-0.
Matteo Pessina menjaringkan gol kedua sekali gus menghantar Itali hanya sebelah kaki untuk mara ke suku akhir.
Namun, keraian gol Pessina menarik perhatian apabila didapati 'meleretkan mukanya' di atas padang selepas menjaringkan gol terbabit.
Austria cuba mengurangkan defisit menerusi Sasa Kalajdzic namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
- AGENSI.1
___________________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/832605/euro-pessina-leret-muka-rai-gol-itali
No comments:
Post a Comment