Agensi
SOMMER puas selepas berjaya menumbangkan Perancis untuk mara ke suku akhir Euro 2020. FOTO EPA
Bucharest: Pemain Switzerland berlari ke arah Yann Sommer dari tengah padang namun penjaga gol itu seakan terpinga-pinga sama ada mereka sudah menang penentuan penalti ketika berdepan Perancis.
Sommer melihat ke arah pengadil selepas menyelamatkan sepakan Kylian Mbappe kerana risau kakinya melebihi garisan.
Bagaimanapun, sebaik rakan sepasukannya tiba di kotak penalti, dia baru mendapat gambaran sebenar dan mengetuai sambutan di penjuru padang meraikan kemenangan sensasi ke atas Perancis.
Selepas ketinggalan 1-3, Switzerland berjuang sehingga berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas berjaya bangkit sebelum kelihatan tenang ketika menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti.
Sommer muncul wira ketika aksi bersejarah itu dan dia memuji perwatakan yang ada pada rakan sepasukannya.
"Aksi yang menakjubkan, hari yang penuh bermakna dalam sukan bola sepak. Penamatnya sangat luar biasa, ia memang sempurna tapi bagaimana kami bangkit selepas ketinggalan dua gol, membuatkan saya bangga dengan pasukan ini.
"Kami sentiasa percaya diri sendiri, kami selalu berkata jika ketinggalan kami akan berjuang sehingga ke minit akhir tanpa menyerah kalah.
"Ia adalah peluang terbaik kami untuk terus mengorak lebih jauh, memang sangat luar biasa cara kami bermain," katanya.
Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 7:37am.1
________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724001/sommer-puji-semangat-rakan-sepasukan
No comments:
Post a Comment