PEMAIN Republik Czech (jersi putih) cuba mempengaruhi keputusan pengadil, Sergey Karasev, yang melayangkan kad kuning kepada pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt (tiada dalam gambar), sebelum diubah kepada kad merah setelah merujuk VAR dalam aksi peringkat 16 pasukan terakhir Euro 2020 di Arena Puskas, Budapest, hari ini.- AFP
Oleh Meja Sukan
28 Jun 2021, 2:53 am
BUDAPEST: Republik Czech mara ke saingan suku akhir Euro 2020 selepas mengejutkan pasukan pilihan, Belanda yang beraksi dengan 10 pemain menerusi keputusan 2-0, sebentar tadi.
Ketiadaan tonggak pertahanan skuad Oranje, Matthijs de Ligt yang dilayangkan kad merah pada minit ke-55 telah mengubah segalanya selepas kedua-dua pasukan kemarau gol di babak pertama.
Pertahanan Juventus itu didakwa sengaja menampan bola semasa bergelut dengan Patrik Schick yang menghampiri kotak penalti Belanda, di mana asakan itu berpotensi untuk gol.
Pengadil terdahulu melayangkan kad kuning, namun selepas merujuk video bantuan pengadil (VAR), De Ligt yang juga bek tengah Belanda dikenakan layangan kad merah terus.
Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya Republik Czech apabila mereka membuka jaringan pada minit ke-68 menerusi tandukan Tomas Holes.
Pemain sensasi Republik Czech, Schick melengkapkan kemenangan mereka apabila memanfaatkan hantaran Holes, 10 minit sebelum waktu permainan tamat.
Kegagalan Belanda yang dibimbing Frank de Boer terus berpanjangan memandangkan sebelum ini mereka pernah gagal menyertai Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.
Republik Czech akan berdepan Denmark dalamn aksi suku akhir di Baku, Azerbaijan pada Sabtu ini.1
____________________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/de-ligt-punca-czech-menang/
No comments:
Post a Comment