Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Safiq rahim bersama Zandra
Aziela Ibrahim Hakimi bergambar bersama ahli keluarga pihak perempuan selepas
majlis akad nikah di Kelab Golf Saujana Impian di Kajang semalam. -
UTUSAN/Aizzul A.Majid
KUALA LUMPUR - Pemain tengah
Johor Darul Tazim (JDT) dan kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain boling negara,
Zandra Aziela Ibrahim Hakimi sah menjadi pasangan suami isteri apabila
melangsungkan upacara akad nikah di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang semalam.
Pasangan dua atlet itu
dinikahkan sendiri oleh bapa Zandra Aziela, Ibrahim Hakimi Abdul Karim pada
kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kontroversi yang melanda JDT
nampaknya tidak mengganggu fokus ketua pasukan skuad kebangsaan itu apabila
hanya memerlukan sekali lafaz sahaja untuk secara rasminya menamatkan zaman
bujang.
Zandra Aziela menerima mas
kahwin sebanyak RM888 dan wang hantaran RM15,000 dalam majlis pernikahan itu,
yang dilangsungkan secara sederhana. Turut hadir dalam majlis itu ialah
keluarga kedua-dua atlet berkenaan serta beberapa rakan pengantin perempuan
dalam skuad boling negara seperti Muhd. Nur Aiman Khairuddin, Siti Safiyah
Amirah Abdul Rahman dan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon.
Safiq yang bergegas pulang ke
Kuala Lumpur selepas perlawanan kontroversi antara JDT dan T-Team di Stadium
Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru malam semalam dilihat tenang sepanjang
majlis akad nikah berlangsung.
Menurut bekas pemain Selangor
dan KL Plus itu, dia sangat gembira selepas sah menjadi isteri kepada Zandra
Aziela.
Ini adalah cabaran baharu dalam
kerjaya saya, selepas ini saya rasa perjalanan hidup saya akan lebih
teratur," katanya selepas majlis tersebut kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu Zandra Aziela,
27, yang pernah memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar dalam
acara berpasukan, berharap dapat menjadi isteri terbaik buat Safiq dan menjadi
pembakar semangat dalam karier pemain JDT berusia 26 tahun itu.
Syukur Alhamdulillah, saya
akhirnya menjadi isteri kepada Safiq, saya harap mampu menjadi isteri yang
terbaik buatnya dan berharap dia juga menjadi suami yang terbaik untuk
saya," katanya.
Ditanya adakah kedua-dua atlet
negara ini sudah merancang untuk berbulan madu, Safiq berkata, buat masa
sekarang dia masih belum fikir tentang perkara tersebut kerana masih sibuk
dengan jadual padat dalam saingan Liga Malaysia.
sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140203/su_08/Safiq-Zandra-disatukan-semalam#ixzz2sLtxDUp5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment