Ad

Friday, 7 March 2014

Aidil bakal tamatkan zaman duda 14 Mac




Aidil Zafuan
PETALING JAYA - Ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Razak bakal menamatkan zaman duda bersama wanita pilihannya, Zaremah Zakaria pada 14 Mac ini.

Pemain berusia 27 tahun itu memberitahu, segala persediaan untuk majlis perkahwinannya berlangsung dengan baik.

"Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman pihak wanita di Klang dan majlis resepsi kami akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 30 Mac ini," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

Aidil sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rita Rudaini Mokhtar pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua orang cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140308/su_05/Aidil-bakal-tamatkan-zaman-duda-14-Mac#ixzz2vJzgIApo © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment