BANGKOK 11 Mac - Polis Thailand
tidak menolak kemungkinan dua lelaki yang menggunakan pasport curi untuk
menaiki pesawat MH370, merupakan pencari suaka politik dan tidak terlibat dalam
aktiviti keganasan.
Ketua polis Pattaya, Supachai
Puikaewcome berkata, pengganas kebiasaannya akan mempunyai perancangan yang
lebih rapi tentang laluan dan penerbangan yang dinaiki berbanding tiket yang
ditempah kedua-dua lelaki yang dipercayai dari Iran.
Malah pengganas akan membeli
tiket dengan kos yang efektif selain tidak mempunyai maklumat tentang lokasi
atau penerbangan yang dinaiki," katanya. - REUTERS
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140311/dn_38/Dua-lelaki-Iran-guna-pasport-palsu-dipercayai-pencari-suaka-politik#ixzz2ve63zGbq© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment