Ad

Saturday, 1 March 2014

Harimau Malaya hadapi Filipina malam ini

ZURAIMEE ZAINAL DAN SUBKHI SUDARJI
1 Mac 2014
Harimau Malaya hadapi Filipina malam ini
Harimau Malaya hadapi Filipina malam ini Gandingan Piya dengan Shakir Shaari pastinya dinantikan peminat.
MALAM ini semua penyokong, peminat dan tidak kurang juga pemerhati bola sepak tempatan akan memberi sepenuh tumpuan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyaksikan sentuhan pertama pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee dalam aksi persahabatan menentang Filipina.

Kim Swee, 44, yang mengalas cabaran memangku skuad senior kebangsaan selepas Datuk K Rajagobal  perlu memastikan bahawa hasil keputusan 90 minit di Selayang ini akan diterjemahkan sebaik mungkin pemainnya sebelum aksi sebenar menentang Yaman di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UEA) bagi saingan Kelayakan Piala Asia 2015 pada 5 Mac nanti.

MASIH KEKAL Anak kelahiran Melaka ini masih lagi mengekalkan beberapa muka lama dalam kesebelasan kali ini berikutan keserasian dalam kalangan pemain berjaya dibentuk Rajagobal sebelum ini khasnya di jentera depan.

Gandingan tiga peledak Harimau Selatan, Mohd Amri Yahyah, Safee Sali dibantu penyerang muda Pahlawan Merah, Fakri Saarani serta Bobby Gonzales.

Kembalinya semula Norshahrul bersama rakan sepasukan pastinya melegakan Kim Swee kerana penyerang Harimau Selatan ini sememangnya mempunyai kualiti selaku penggempur.


WATAK BAHARU

Bekas pelatih projek Barcelona ’92 ini juga tampil berani menambah kekuatan tenaga baharu berhadapan anak buah Thomas Dooley ini adalah dengan merekrut beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan beberapa bahagian jentera.

Pakar  sepakan percuma serta penjaga gawang Tok Gajah, Mohd Hafiz Kamal dan Khairul Azhan Khalid tidak terkecuali peledak The Cops, Bobby Gonzales antara nilai tambah di masukan Kim Swee dalam memantapkan cabaran skuad kali ini.


KEMARAU JARINGAN

Monopoli hampir 80 peratus jaringan dihasilkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) oleh pemain import sedikit sebanyak pastinya akan meresahkan Kim Swee adalah ketajaman peledak tempatan walaupun gandingan sebelum ini pernah beraksi bersama untuk negara atau pasukan negeri masing-masing.

Namun usaha mengetengahkan Bobby yang kini antara peledak paling digeruni dan disegani dalam saingan Liga Premier mampu mengatasi ketumpulan jentera depan Harimau Malaya.


ATUR TAKTIKAL

Paling penting pada malam ini yang akan dinilai penyokong, peminat dan tidak kurang juga pemerhati bola sepak tempatan adalah taktikal diguna pakai Kim Swee dalam merencanakan kemenangan skuad kebangsaan khasnya dalam mengerakkan jentera tengah.

Umum sedia maklum bahawa jentera tengah nadi kepada kekuatan Harimau Malaya kurang kreatif dalam mencipta gerakan untuk bahagian depan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Namun, pilihan tetap ada dengan variasi pemain seperti bintang Harimau Selatan, Nazrin Nawi, Safiq Rahim, Shakir Shaari,  Baddrol Bakhtiar (Kedah), Mohd Badhri Radzi (Kelantan), Hafiz Kamal (Pahang), Nazmi Faiz (PKNS), Junior Eldstal (Sarawak) dan S Kunalan (Selangor).


TETAP SEDIA

Bagi Kim Swee Filipina pastinya hadir dengan reputasi tinggi dan sedia memberikan tentangan sengit kerana mereka menganggap semua perlawanan adalah penting.

“Kita jangkakan tentangan sengit, jadi kita telah bersedia dari segi semua aspek bertahan dan menyerang selain melihat kekuatan pasukan lawan khususnya melalui tendangan percuma.

“Mereka telah bersedia begitu juga kami, aksi malam esok pastinya sengit dan mengharapkan barisan pemainnya mampu mengimbangi perlawanan serta menunjukkan peningkatan berbeza berbanding sebelum ini.,” katanya.


NAFAS LEGA

Kehadiran Norshahrul atau Mat Yo pasti memberi kelegaan kepada Kim Swee setelah meratapi kehilangan Azamuddin Akil yang diketepikan kerana kecederaan di pergelangan kaki kanan.

“Apa yang pasti dengan adanya Mat Yo, saya berasa cukup gembira kerana semua orang tahu kehebatan yang dia ada dan memberikan saya banyak pilihan di barisan hadapan selain adanya Safee , Amri , Fakri Saarani dan Bobby.

“Saya telah maafkan apa yang dia lakukan dan ini masanya dia balas peluang kedua yang saya berikan, saya harap dia tidak menghampakan harapan semua pihak termasuk peminat, “ katanya.


BARISAN PEMAIN HARIMAU MALAYA

PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Khairul Azhan (Pahang)
Farizal Marlias (Selangor)

PERTAHANAN
Amirizwan Taj (ATM)
Aidil Zafuan (JDT)
Asraruddin Putra (JDT)
Fadhli Shas (JDT)
Mahali Jasuli (JDT)
Bunyamin Umar ( Selangor)
Zubir Azmi (Terengganu)

TENGAH
Nazrin Nawi (JDT)
Safiq Rahim (JDT)
Shakir Shaari (JDT)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Badhri Radzi (Kelantan)
Hafiz Kamal (Pahang)
Nazmi Faiz Mansor (PKNS)
Junior Eldstal (Sarawak)
S Kunanlan (Selangor)

SERANGAN
Amri Yahyah (JDT)
Norshahrul Idlan Talaha (JDT)
Safee Sali (JDT)
Fakri Saarani (Kelantan)
Bobby Gonzales (PDRM)

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 1.3.14

No comments:

Post a Comment