1 Mac 2014
Abdul Taib Mahmud Yang Dipertua
Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Yang
Dipertua Negeri Sarawak ketujuh sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak,
Tan Sri Adenan Satem (kiri) pada Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan
Undangan Negeri di Kuching, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING - Tan Sri Abdul Taib
Mahmud, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam selepas
hampir 33 tahun memegang jawatan itu, hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang
Dipertua Negeri Sarawak ketujuh.
Upacara itu bermula 11 pagi
dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai ketua menteri
baharu, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala
Lumpur semalam.
Selepas menandatangani watikah
pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan
Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang
turut dihadiri Adenan.
Isteri Taib, Puan Sri Ragad
Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang
Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang
turut hadir.
Beliau menggantikan Tun Abang
Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang penggalnya sebagai Yang Dipertua Negeri
Sarawak tamat semalam.
Taib dilantik ketua menteri
keempat Sarawak pada 26 Mac, 1981, bagi menggantikan bapa suadaranya Tun Abdul
Rahman Ya'kub.
Anak sulung daripada 10 beradik
itu dilahirkan pada 21 Mei, 1936, kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan
Hamidah Ya'kub.
Taib berkhidmat sebagai hakim
bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian
dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke
Sarawak.
Beliau menceburi politik pada
1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
No comments:
Post a Comment