6 Mac 2014
Harimau Malaya
SKUAD Harimau Malaya
membuktikan bahawa mereka masih berbisa walaupun gagal melayakkan diri ke
cabaran Piala Asia 2015 setelah mengalahkan Yemen 2-1 pada perlawanan akhir
peringkat kumpulan D yang berlangsung di Stadium Tahnon Bin Mohamed, Al-Ain
City, Dubai, malam tadi.
Pasukan kendalian jurulatih
sementara Datuk Ong Kim Swee terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain
tengah, Amirizwan Taj Tajudin diarah keluar padang setelah dilayangkan kad
merah kerana mengasari pemain Yemen, Sadam Hussein pada minit ke-10.
Bagaimanapun, pasukan tuan
rumah yang dihadiahkan sepakan penalti gagal menggunakan peluang itu apabila
sepakan lemah yang dilakukan Wahid Mohammed Al-khyat dengan mudah diselamatkan
penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-11.
Penyerang berbisa negara, Amri
Yahyah meledakkan gol pertama negara menerusi tandukan ke gawang gol pada minit
ke-16.
Khairul Fahmi sekali lagi
bertindak cemerlang apabila menafikan cubaan Sadam Hussein pada minit ke-32.
Bersambung pada babak kedua
perlawanan, pasukan Yemen yang beraksi dalam keadaan tertekan setelah
ketinggalan 1-0 menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerangnya Mohammed
Al-Sarori pada minit ke-60 hasil hantaran pendek kapten pasukan, Ala Mohammed
Abdullah Al-Sasi.
Kegembiraan Yemen tidak kekal
lama apabila penyerang negara, Ahmad Fakri Shaarani menjaringkan gol kemenangan
negara pada minit ke-76.
Usaha Yemen melakukan beberapa
serangan bagi mencari gol penyamaan tidak berhasil apabila penjaga gawang
negara, Khairul Fahmi bertindak pantas mematahkan serangan lawan. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
6.3.14
No comments:
Post a Comment