Oleh Aziman Rosdi
SKUAD Harimau Malaya menewaskan
Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed,
Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Namun Malaysia gagal melayakkan
diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik
keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan
C.
Yaman berpeluang mendahului
permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga
gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid
Mohammed Al-Khyat.
Pemain sayap Mohd Amri Yahyah
membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar
bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.
Yaman hampir mengikat kedudukan
pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun
Khairul Fahmi sudah tertewas.
Bagaimanapun usaha pasukan tuan
rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan
rembatan yang menggegar gawang negara.
Gol kemenangan Malaysia
dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan
percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.
Berikutan kemenangan itu,
Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh
mata.
SUMBER-MYMETRO ONLINE 6.3.2014
No comments:
Post a Comment