Ad

Thursday, 6 March 2014

Sathia pening kepala

Oleh Mohd Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan, jelas ‘pening kepala’ apabila pasukannya bakal kehilangan sebahagian besar tonggak menjelang pertemuan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Selepas K Reuben disahkan berehat panjang lima bulan akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika menentang T-Team pada 8 Februari lalu, The Gladiators juga terpaksa melupakan khidmat pemenang kasut emas musim lalu, Marlon Alex James yang kini mengalami kecederaan tumit untuk tempoh dua bulan.

Begitu juga dengan tiga lagi pemain iaitu Christie Jayaseelan, Spase Dilevski serta terbaru penyerang Argentina, Juan Arostegui yang turut melengkapkan senarai kecederaan ATM.“Hanya Bruno Martelotto pemain import yang akan beraksi ketika menentang Pahang nanti. Saya hadapi tugas begitu mencabar ketika ini dengan hampir keseluruhan pemain utama saya mengalami kecederaan.

“Tahap keyakinan kita juga agak terhad sedikit kerana kita akan berdepan dengan lawan kuat seperti juara Piala Malaysia musim lalu Pahang dan selepas itu menentang Selangor pula. “Jika situasi ini terus berterusan, saya rasa kami memiliki tugas sukar untuk mengutip mata dan bersaing. Apapun, saya tidak meletakkan sebarang tekanan kepada pemain dan hanya mensasarkan sekurang-kurangnya satu mata,” katanya semalam.

SUMBER-MYMETRO ONLINE 6.3.2014

No comments:

Post a Comment