AMIRIDZWAN mengalami kesakitan
di bahagian belakang.
TAHAP kecergasan ‘kereta kebal’
Harimau Malaya, Amiridzwan Taj Tajudin kini dipantau sepenuhnya menjelang aksi
terakhir Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen malam esok.
Tonggak pertahanan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) itu mengadu mengalami kesakitan tulang belakang ketika
terikat seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam satu aksi persahabatan di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu.
Pengendali sementara Harimau
Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, buat masa ini hanya Amiridzwan yang
dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika berdepan Filipina tempoh hari.
“Selain Amiridzwan, ada seorang
lagi pemain yang tercedera iaitu Khairul Azhan (Mohd. Khalid) tetapi dia
digugurkan dan tidak dibawa ke Dubai.
“Jadi, saya akan meneliti
terlebih dahulu perkembangan semasa Amiridzwan sama ada mampu beraksi ataupun
tidak ketika berdepan Yemen kelak,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Jika Amiridzwan kurang cergas,
Kim Swee dijangka menurunkan Mohd. Fadhli Shas ataupun Asraruddin Putra Omar
bagi bergandingan bersama kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak bagi mengemudi
benteng pertahanan skuad negara.
Selain itu, kapten Selangor,
Bunyamin Omar juga mampu mengisi kekosongan Amiridzwan biarpun tidak diturunkan
ketika berdepan Filipina tempoh hari.
Hanya 20 pemain yang dibawa Kim
Swee ke Dubai kali ini apabila menggugurkan empat lagi pemain iaitu Khairul
Azhan, Shakir Saari, Junior Eldstal dan juga penyerang sensasi, Norshahrul
Idlan Talaha yang mesra dengan panggilan Mat Yo.
SUMBER: KOSMO ONLINE 4.3.14
No comments:
Post a Comment