AFP
GAMBAR dari jarak dekat
menunjukkan buaya itu dibelit ular tersebut.
SYDNEY - Seekor ular menelan
seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra,
Queensland, Australia kelmarin.
Detitk-detik pertarungan itu
disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis.
Menurut Travis, ular sawa itu
sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter.
"Kedua-dua haiwan itu
bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu)
dengan penuh kekaguman," kata Travis.Menurutnya, beberapa jam
kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan
menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing.
Travis berkata, ular tersebut melepaskan
belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut.Dia berkata, ketika belitan
itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati."Kira-kira 10 minit kemudian,
buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya.Tiffany berkata,
pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat
dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya."Namun, kejadian itu
benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya.Menurut
Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya
berada di atas permukaan air.
Dia berkata, kedua-dua haiwan
itu kelihatan letih semasa pertarungan tersebut berlaku.Pada akhirnya, kata
Tiffany, buaya tersebut memenangi pertarungan itu. - AFP
SUMBER: KOSMO ONLINE 4.3.14
No comments:
Post a Comment