Ad

Sunday, 2 March 2014

Mie tetap kenang zaman 1998

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
1 Mac 2014
Mie tetap kenang zaman 1998
Mie tetap kenang zaman 1998 Suhaimi (kiri) bersama penjaga gol Razi Effendi Suhit pada sesi latihan - Foto oleh RASHID
SEPANJANG penglibatannya dalam sukan bola sepak, Suhaimi Mat Lazim atau lebih mesra dengan panggilan Mie, tidak dapat melupakan kenangan manis ketika Perak muncul juara Piala Malaysia 1998.

Jelasnya, kejayaan berkenaan tambah manis apabila skuad Kejor Yob Kejor (pada ketika itu), sekali gus mencatat rekod sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia apabila perlawanan akhir Piala Malaysia dilangsungkan buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Detik berkenaan adalah paling indah dalam karier sebagai pemain bola sepak. Namun, sayangnya saya tidak dapat beraksi pada perlawanan berkenaan berikutan masalah kecederaan akibat berlanggar dengan penyerang Sarawak ketika itu, Allistar Edwards pada peringkat saingan liga di Stadium Negeri Kuching pada musim 1997.

“Insiden berkenaan juga menyebabkan saya mengalami kecederaan serius dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak," katanya.


TETAP TERPAUT

Tapi kalau dah namanya pemain bola sepak, biarpun telah bersara tetapi jiwa dan raga pasti terpaut atau teringat-ingat untuk bergiat semula dengan bola sepak. Buktinya dengan sijil kejurulatihan dimilikinya telah membimbing skuad Kastam Perak beraksi pada saingan Liga FAM dan seterusnya berkhidmat sebagai pegawai pembangunan bola sepak Perak pada 2010 sehingga 2012 sebelum meneruskan karier sebagai jurulatih dengan skuad Piala Presiden bagi musim 2013 lalu.


LUMRAH SEKARANG

Mengulas perbezaan pemain bola sepak dahulu dan sekarang, Suhaimi berkata memang wujud perbezaan, khususnya dari segi attitude (sikap) dan keghairahan bermain bola sepak itu sendiri.

Ujarnya, pemain bola sepak sekarang begitu bertuah kerana berpeluang menerima pelbagai ganjaran serta insentif hebat berbanding pemain dahulu. Bagaimanapun, Suhaimi menganggap ianya adalah lumrah dan perkara berkenaan berlaku berdasarkan kepada peredaran zaman.

“Apa pun pesanan saya, semua pemain bola sepak sewajarnya mengamalkan disiplin yang tinggi sekiranya ingin mara lebih jauh dalam sukan bola sepak. Tanpa disiplin, walau sehebat mana pun mutu permainan yang dipersembahkan, seseorang pemain bola sepak itu tidak akan maju ke hadapan,” tegasnya lagi.


PROFIL

Nama : Suhaimi Mat Lazim
Nama Gelaran : Mie
Tarikh Lahir : 4 April 1972 (42 tahun)
Asal : Jitra, Kedah
Hobi : Memancing/menonton wayang
Makan kegemaran : Kueytiaw goreng
Minuman kegemaran : Milo ais
Latar akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Posisi : Penjaga gol
Posisi lain: Pertahanan
Pasukan yang diwakili :
1990 - 1993 : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1994 - 1996 : Perlis
1997 - 1998 : Perak

* bersara kerana kecederaan
Sukan lain yang diceburi : Hoki/sepak takraw
Pemain bola sepak diminati : Azmi Mahmud/ Ahmad Sobri Ismail
Pasukan bola sepak diminati : Real Madrid dan Manchester United
Jika saya bukan pemain bola sepak : Pegawai Tentera

ARTIKEL BERKAITAN
Mie tetap kenang zaman 1998
The Red Giants idam dua piala
Pahang tekad rampas Piala Sumbangsih
Giliran FAM kena denda?
Sokongan keluarga tunjang kejayaan Kojie
Pembakaran suar tetap berulang
RM20 tiket final!
'Sedih dan kecewa'
Piala Malaysia jadi motivasi anak Felda

Hadiah hari lahir Khairul Azhan

No comments:

Post a Comment