Pada hari
ini 3.3 dalam tahun
1992, Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah Ibni
Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah
telah berkenan menyempurnakan penganugerahan panji-panji Diraja kepada Rejimen Renjer
yang diadakan dengan penuh
istiadat ketenteraan di Stadium Perak. Seramai 668 orang anggota termasuk 39 orang pegawai
telah mengambil bahagian dalam perbarisan
mengarak panji-panji Diraja yang diketuai oleh Lt.
Kolonel Zulkapli Abdul Rahman.
Turut berangkat menyaksikan upacara
yang penuh bersejarah itu
ialah Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali, Raja
Perlis selaku Kolonel Yang dipertua Renjer dan Raja
Perempuan Perlis; Pemangku
Raja Perak, Raja Nazrin
Shah; Menteri Besar Perak, Tan
Sri Ramli Ngah Talib; Panglima Tentera Darat,
Jeneral Tan Sri Yaacob Mohd Zain serta
pegawai-pegawai Tinggi Tentera dan orang-orang kenamaan. Dalam
titah, baginda berharap
agar semua perwira
dan perajurit rejimen
Renjer menyambut pengurniaan
panji-panji ini dengan
penuh azam dan
semangat perjuangan yang
tinggi untuk terus
mempertahankan kedaulatan agama,
bangsa dan negara.
Pengurniaan panji-panji ini sebagai
menghargai serta mengenang
jasa bakti, pengorbanan,
kesetiaan yang telah dicurahkan
oleh Rejimen Renjer yang
ditubuhkan pada 16 September 1963 kepada
agama, bangsa dan
negara.
SUMBER: http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment