SEPANG - Pihak berkuasa
menggunakan segala kepakaran bagi melakukan siasatan daripada pelbagai sudut
untuk mengesan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam pernerbangan
dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah
Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, setakat
ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat terbaharu mengenai basib
pesawat yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal itu.
Katanya, pihak berkuasa Vietnam
juga tidak mengesahkan mengenai kesan tompokan minyak sepanjang 20 kilometer
yang didakwa ditemui di permukaan laut di negara itu semalam.
"Operasi disambung pukul 7
pagi tadi dan setakat ini belum ada apa-apa ditemui atau sebarang perkembangan
terkini mengenai keadaan penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat itu.
"Pencarian dilakukan di
Laut China Selatan iaitu di sekitar kawasan pesawat itu didapati terputus
hubungan dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi," katanya pada sidang
akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Tambahnya, pihak berkuasa juga
sedang menyiasat mengenai dakwaan dua penumpang yang menggunakan pasport curi
dari Itali dan Austria untuk menaiki pesawat tersebut.
Menurut Azharuddin, pihak
berkuasa juga belum menggunakan khidmat kapal selam bagi menyertai operasi
mencari dan menyelamat.
"Dalam hal besar sebegini,
pihak kami kena berhati-hati menyalurkan maklumat kerana sedikit kesilapan akan
memberi kesan kepada semua pihak," katanya.
KOSMO ONLINE 9.3.14
.jpg)
No comments:
Post a Comment