Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
SAARVINDRAN menyumbang satu gol
buat Harimau Muda A ketika menentang Moreton Bay United pada aksi pembukaan NPL
Queensland semalam.
JURULATIH skuad Harimau Muda A,
Datuk Ong Kim Swee mengakui betapa ramalannya tepat apabila faktor fizikal
menjadi cabaran utama anak-anak buahnya bagi mengharungi Liga Perdana
Kebangsaan (NPL) Queensland.
Pada aksi pembukaan NPL
Queensland semalam, skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu bernasib baik
berjaya meraih satu mata apabila seri 3-3 dengan Moreton Bay United.
Biarpun gagal meraih kemenangan,
Kim Swee tetap gembira dengan keputusan tersebut sambil memaklumkan, barisan
pemain muda kini semakin bersemangat untuk beraksi di Queensland, Australia.
“Seperti yang saya jangkakan,
faktor fizikal (pemain lawan) yang lebih besar dan agresif menjadi cabaran
utama buat pemain-pemain muda negara.
“Intensiti perlawanan hari ini
(semalam) juga cukup tinggi sehinggakan para pemain saya tiada masa untuk
mengawal bola lebih lama.
“Apa pun, saya sangat gembira
dengan persembahan barisan pemain kerana kebanyakan mereka pertama kali
diturunkan bersama skuad Harimau Muda A.
“Mereka telah menunjukkan
prestasi yang cukup baik,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Gold Coast,
Australia semalam.
Dalam aksi itu, Mohd. Ridzuan
Abdunloh, Mohd. Amirul Hisyam Awang Kechik dan D. Saarvindran masing-masing
menjaringkan satu gol buat Harimau Muda A.
Di sebalik kejayaan meraih satu
mata, Kim Swee turut menggesa agar barisan pemainnya agar tidak cepat berpuas
hati dan menuntut mereka memperbaiki beberapa kelemahan ketika beraksi di atas
padang.
“Pemain harus kurangkan peluang
pihak lawan membuat hantaran jauh terutama hantaran silang.
“Kami juga kena cepat menukar
corak permainan kerana dalam NPL, faktor fizikal pemain pasukan lawan akan
menjadi cabaran buat skuad muda negara,” katanya.
Selepas aksi menentang Moreton
Bay United, Harimau Muda A dijadualkan bertemu Redlands Utd minggu depan.
KOSMO ONLINE 9.3.14
No comments:
Post a Comment