Oleh
NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
Gambar
anak kapal pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan awal pagi
semalam (dari kiri atas) Zaharie Ahmad Shah (Kapten), Fariq Ab. Hamid
(Pembantu), (bawah dari kiri) Goh Sock Lay (Ketua pramugari), Andrew Nari
(Ketua pramugara)
PUTRAJAYA
8 Mac - Industri penerbangan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat
milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan
Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini.
Walaupun
pelbagai spekulasi dibuat termasuk pesawat itu telah mendarat di Nanning di
selatan China selain laporan bahawa ia terhempas di kawasan perairan Vietnam,
namun pihak berkuasa termasuk pihak MAS telah menafikan dakwaan tersebut.
Pesawat
Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam
dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada pukul 6.40 pagi.
SUMBER-Artikel
Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140309/dn_04/Misteri-belum-terjawab#ixzz2vTY2gqvz
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment