Ad

Wednesday, 12 March 2014

TRW bergaya raih 3 mata




 Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
Kuantan: Kelantan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas South China FC pada aksi Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Persembahan hambar dipamerkan kedua-dua pasukan sebaik sepak mula terutama Kelantan yang dilihat serba tidak menjadi apabila perancang utama mereka, Mohd Badhri Radzi diletakkan dalam senarai pemain simpanan.


Apa pun, South China FC terlebih dulu menguji kubu Kelantan menerusi Andrew Barisic minit ke-23 selepas menerima hantaran lintang Lee Hong Lim, namun percubaannya dalam kota penalti sedikit tersasar di penjuru kiri pintu gol The Red Warriors (TRW).

Kelantan pula mendapat peluang untuk mendapatkan gol pendahuluan menerusi Mohd Amar Rohidan minit ke-27 dan percubaannya dari luar kotak penalti melepasi palang gol pelawat yang dikawal Yapp Hung Fai.

No comments:

Post a Comment