Ad

Friday, 7 March 2014

Tunjuk reaksi positif

Apa pun ketika ditanya mengenai kejayaannya itu, pengendali berusia 44 tahun berkenaan mahu lebih memberi pujian kepada barisan pemainnya.

“Pemain menunjukkan reaksi positif terhadap apa saya katakan dalam bilik persalinan. Mereka menunjukkan sikap melawan cukup tinggi dan mempunyai kepercayaan antara satu sama lain sepanjang kita beraksi 10 pemain.
“Ketika pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajudin dilayangkan kad merah, saya terpaksa membuat keputusan pantas mengeluarkan pemain bagi memasukkan Fadhli Shas menampung ketiadaan Taj.

“Saya lihat Safiq Rahim mengalami sedikit kesakitan pada kakinya, jadi memikirkan Hafiz Kamal boleh bertahan dengan baik di posisi tengah dan boleh beraksi sehingga 90 minit, saya keluarkan Safiq,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Yaman, Abraham Mebratu menganggap pasukannya kurang bernasib baik apabila beberapa peluang dimiliki sama ada diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat atau terkena tiang gol pada perlawanan itu.

“Selepas Malaysia beraksi 10 pemain, mereka bermain secara bertahan dengan baik. Memandangkan pemain muda kami kurang pengalaman, mereka tidak dapat menyempurnakan peluang terhidang dengan baik. Itu saja masalah kami,” katanya.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 8.3.14

No comments:

Post a Comment