Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Mohamad Ghaddar bakal menjadi
sandaran jentera serangan Kelantan apabila berdepan Yangon United di Kota
Bharu, malam ini.
KOTA BHARU - Kelantan perlu
menang pada pertemuan hidup mati berdepan berdepan Yangon United dalam aksi
Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Jesteru itu, pengendalinya
Steve Darby akan menerapkan taktikal menyerang pada pertemuan tersebut dalam
misi memburu tiga mata, selain mengembalikan semula reputasi pasukannya.
Darby berkata, beliau akan
mempertaruhkan dua peledak importnya, Mohamad Ghaddar dan Francis Forkey Doe
untuk mengetuai jentera serangan The Red Warriors dalam usaha meraih kemenangan
pada pertemuan itu nanti.
Menurutnya, Kelantan tidak
mempunyai banyak pilihan pada perlawanan itu selain menang dalam usaha
mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kedua nanti.
"Berdepan dengan mereka
kita kehilangan tiga tonggak iaitu Mohamad Shawky Yazid, Ahmad Fakri Saarani
dan Ahmad Shakir Ali. Shawky digantung perlawanan akibat menerima kad kuning,
manakala Fakri dan Shakir mengalami kecederaan.
"Begitupun, saya tetap
optimis kita mampu melakar kemenangan ke atas Yangon. Harapan saya agar Ghaddar
dan Doe dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita pada sidang akbar Pra perlawanan Piala AFC 2014 Kumpulan G antara
Kelantan dengan Yanggon United di sini semalam.
Yang hadir sama, ketua
jurulatih Yanggon United, Eric William dan pemain kedua-dua pasukan iaitu Tuan
Mohd. Faim Tuan Zainal Abdini (Kelantan) serta Khin Moung Lwin (Yangoon
United).
Selepas mengharungi empat
perlawanan, The Red Warriors kini menghuni tangga ketiga dalam carta Kumpulan G
dengan mengumpul tiga mata.
Mereka hanya dibezakan dengan
dua mata di belakang Yangon United yang berada di tangga kedua.
Seandainya menang dalam
perlawanan tersebut, Kelantan akan mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan
kedua sambil mengharapkan bantuan pendahulu kumpulan, XM Vissai Ninh Binh
menumbangkan South China.
Sementara itu, William menggesa
barisan pemainnya bangkit dalam perlawanan itu selepas dibelasah teruk 3-5
oleh South China.
Beliau optimis pasukannya mampu
meraih tiga mata dalam usaha mencerahkan peluang untuk melangkah ke peringkat
seterusnya.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140408/su_05/Ghaddar-Doe-jadi-pertaruhan#ixzz2yIGXoNfZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment