Forkey Doe (kiri) cuba melepasi
dua pemain Yangon United dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Muhamad IV, Kota
Bharu malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU - Kelantan
tersingkir daripada Piala AFC selepas tewas 2-3 kepada Yangon United dalam
perlawanan Kumpulan G di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, meninggalkan hanya
Selangor terus bersaing untuk ke pusingan kedua.
Pasukan yang dibimbing Steve
Darby itu kini berada di tempat tercorot kumpulan dengan tiga mata selepas lima
perlawanan.
Kumpulan itu diterajui kelab
dari Vietnam, Vissai Ninh Binh yang mengumpul 13 mata, diikuti kelab Myanmar,
Yangon dengan sembilan mata dan South China dari Hong Kong dengan empat mata.
The Reds Warriors akan
menentang South China pada 22 April di Hong Kong untuk aksi terakhir .
Kelantan yang membariskan skuad
terkuadnya bermula baik apabila beberapa kali berjaya menembusi kubu lawan.
Kerancakan tuan rumah mengatur
serangan bagaimanapun tergendala seawal minit ke-24 apabila penyerang dari
Lebanon, Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan
Mohd. Khairul Izuan Rosli.
Malah, anak buah Darby terlebih
dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat seminit kemudian menerusi tendangan
leret Cezar Augusto yang bijak memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah seterusnya
memperkemaskan permainan dengan menggandakan asakan termasuk mencipta
sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik, namun gagal mencari gol penyamaan.
Pada babak kedua, The Red
Warriors cuba bangkit dan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Khairul
yang melakukan rembatan kencang tepat ke gawang pelawat pada minit ke-48.
Tuan rumah mendahului apabila
Wan Zaharulnizam Zakaria mengatur gerakan secara solo sebelum menewaskan
penjaga gol, Pyae Phyo Oo, untuk meledakkan gol kedua Kelantan pada minit
ke-54.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140409/su_02/Piala-AFC-Kelantan-tersingkir#ixzz2yKqR2INl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment