Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
SKIZOFRENIA merupakan sejenis
penyakit mental teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan orang
sekeliling jika tidak dirawat. – Gambar hiasan
Advertisement
SEBERANG PERAI – Kementerian
Kesihatan mendedahkan seorang daripada 100 rakyat Malaysia menghidap
skizofrenia yang merupakan salah satu kategori penyakit mental teruk.
Timbalan Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, situasi itu begitu membimbangkan
memandangkan ramai pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius
masalah tersebut.
“Stigma masyarakat yang
menjauhkan diri daripada pesakit skizofrenia masih menebal di negara ini. Ia
tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit memerlukan sokongan daripada masyarakat
dan keluarga.
“Hal itu menjadi punca mengapa
pesakit tidak mendapatkan rawatan atau tidak mengambil ubat yang diberikan yang
akhirnya menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” katanya.
Sumber-Kosmo online 20.10.14
No comments:
Post a Comment