Incheon: Ke mana perginya Datuk
Seri Zolkples Embong?
Bayang Ketua Pengarah Majlis
Sukan Negara (MSN) itu langsung tidak kelihatan di Incheon semalam selepas
kontinjen negara gagal melepasi sasaran lapan pingat emas dengan sekadar lima
saja pada temasya Sukan Asia kali ini.Wartawan Malaysia tidak berjaya
menghubunginya sama ada menerusi telefon dan aplikasi WhatsApp untuk
mendapatkan ulasan beliau mengenai kegagalan kali ini.
Hanya Chef de Mission, Datuk
Danyal Balagopal Abdullah sedia berdepan soalan panas wartawan Malaysia pada
sidang akhbar semalam.
Danyal mengesahkan Zolkples
masih berada di Incheon namun enggan bertemu wartawan.
Situasi itu jelas berbeza
berbanding selepas Sukan SEA Myanmar November lalu apabila wartawan dijemput ke
hotel penginapan mereka kerana pencapaian atlet melebihi sasaran.
Ketiadaan beliau mungkin ada
kaitannya dengan komen terbaru Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu
Bakar yang mahu merombak dan membawa `orang baru’ dalam MSN dan Institut Sukan
Negara (ISN).
Malaysia menamatkan saingan
pada temasya Sukan Asia kali ini dengan lima emas, 14 perak dan 14 gangsa
sekali gus menghuni tangga ke-14 secara keseluruhan.Pada temasya Sukan Komanwel
Glasgow pula, kontinjen negara hanya meraih enam daripada sasaran tujuh pingat
emas. Lagi sedikit sasaran lagi sukar atlet negara melepasinya. Ini secara
tidak langsung memberi gambaran sukan negara sudah jatuh merudum.
Program pembentukan atlet MSN
sudah tepu dan tidak praktikal lagi namun tiada usaha untuk mencari kelainan.
Mungkin kerana itu menteri berasakan MSN dan ISN perlu diselamatkan dengan
rombakan di pihak atasan untuk mengembalikan semula sukan negara terutama sukan
seperti bola sepak, badminton, hoki, olahraga, renang, menembak, basikal dan
sepak takraw yang suatu ketika menjadi kebanggaan Malaysia. Bila difikirkan
dengan lambakan wang dan kemudahan latihan untuk program sukan ini, rasanya
tidak berbaloi terutama kem basikal trek yang seperti ‘anak emas’ MSN
berpangkalan di Melbourne, Australia.
Sumber-
Artikel ini disiarkan MYMETRO pada
: 2014/10/05
No comments:
Post a Comment