Ad

Wednesday 15 October 2014

Rooney kecewa England menang tipis


14 Oktober 2014
Sepakan Rooney yang menghadiahkan gol kemenangan buat England, pagi semalam.
Sepakan Rooney yang menghadiahkan gol kemenangan buat England, pagi semalam. Sepakan Rooney yang menghadiahkan gol kemenangan buat England, pagi semalam.

JURULATIH England, Roy Hodgson menjelaskan kaptennya, Wayne Rooney sedikit terkilan kerana skuad The Three Lions hanya meraih kemenangan tipis, 1-0, menentang Estonia, awal pagi semalam.

Rooney menyelamatkan maruah England dengan meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.

“Jaringan itu merupakan tendangan yang bagus daripada Rooney tetapi dia sedikit kecewa kerana kami hanya menang tipis,” kata Hodgson.

Sementara itu, Rooney yang hampir ditukarkan sebelum jaringan itu terhasil berkata, dia puas kerana mampu meledakkan gol dalam setiap perlawanan.

“Inilah bola sepak. Saya rasa saya sudah menunjukkan selama bertahun-tahun bahawa saya mampu untuk mencipta jaringan,” katanya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 15.10.14



No comments:

Post a Comment