Ad

Sunday 5 October 2014

Balu PM ketiga meninggal dunia

 
Hishammuddin menyiram air mawar ke pusara ibunya di Makam Pahlawan, Masjid Negara semalam. Pusara itu terletak berdekatan dengan makam Allahyarham Tun Hussein.

KUALA LUMPUR – Tun Suhailah Mohamad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn yang juga ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin, meninggal dunia pukul 12.30 pagi semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya. Jenazah Allahyarham Tun Suhailah, 82, kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Bukit Tunku di sini.

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu kira-kira dua minggu lalu kerana mengalami masalah paru-paru dan buah pinggang.

Allahyarham yang dilahirkan pada 24 Oktober 1931 di Muar, Johor meninggalkan empat orang anak perempuan dan dua anak lelaki termasuk Hishammuddin.

Empat lagi anak Allahyarham ialah Datin Roquaiya Hanim, Puan Sri Dr. Suraya Hani, Rodziah Hanis, Datin Dr. Rozita Halina dan Datuk Harris Onn.

Roquaiya meninggal dunia pada tahun 2005 akibat kanser payudara.

Sumber-Kosmo Online 5.10.14

No comments:

Post a Comment