Sebut sahaja peria , pastinya
ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah
ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman
dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu
peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih
kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini
mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa
seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh
masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit,
peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat
menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima
cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning
sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada
benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100
gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram
karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram
kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah
lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul,
kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan
buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama
tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang
mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang
mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh
digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun
peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya
dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria
mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain
itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah
susu badan.
sumber
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141005/kn_02/Peria-bersihkan-darah#ixzz3FJdXKyZ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment