Ad

Friday 17 October 2014

STADIUM FELDA UNITED BANDAR TUN RAZAK JENGKA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pembinaan stadium bola sepak bagi pasukan Felda United di Nadi Kota dekat Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang dijangka dapat dimulakan pada awal Mac ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, Lembaga Felda pada minggu lalu telah pun melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja membina stadium berkenaan yang mampu menampung sehingga 30,000 penonton."Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Tumpuan pada masa ini adalah pembinaan stadium tersebut manakala pembinaan kemudahan sukan yang lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua yang akhirnya akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai kompleks sukan," katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Anak Felda ke Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales di sini, semalam.[1]


 PEMBINAAN STADIUM BULAN FEBRUARI 2014
PANDANGAN SISI STADIUM
 PANDANGAN SISI
TIANG LAMPU LIMPAH

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130207/su_07/Pembinaan-Stadium-Felda-United-mula-bulan-depan#ixzz3GO6JdUpx © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment