Ad

Friday, 10 October 2014

TRW sandar pengalaman benam Kedah

TRW sandar pengalaman benam Kedah
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Oktober 2014
Boateng serius berkata sesuatu kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir pasukan Kelantan
di Padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Pasir Tumbuh, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
Boateng serius berkata sesuatu kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir pasukan Kelantan
di Padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Pasir Tumbuh, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH Boateng serius berkata sesuatu kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir pasukan Kelantan di Padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Pasir Tumbuh, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
PENGALAMAN lima kali beraksi di pusingan kalah mati sejak musim 2009 jelas menjadi sandaran terbaik buat Kelantan untuk berdepan Kedah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

 Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW), George Boateng berkata, dia tidak gentar dengan ancaman skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang berhajat memadamkan kelebihan dua gol milik mereka di hadapan puluhan ribu penyokong Hijau Kuning.

“Kami berada di landasan terbaik untuk ke separuh akhir ketika ini. Malah, keyakinan semua pemain Kelantan juga berada pada tahap tertinggi untuk menghabiskan baki 90 minit perlawanan ini.

“Kami mahu ke pusingan berikutnya tanpa tewas malam esok (ini). Tiada guna kalah tetapi mara ke separuh akhir. Saya amat benci kekalahan dan saya mahu pemain mencari kemenangan di sana,” katanya.

Menurutnya, anak didiknya sedikit pun tidak tertekan untuk memburu jaringan awal sebaliknya dia melihat pemain Kedah yang terpaksa beraksi di bawah tekanan untuk memadamkan defisit dua gol itu.

“Memang kami perlukan gol tetapi saya tidak bimbang sama ada ia datang (jaringan) lambat atau cepat. Saya mempunyai pemain yang mencukupi untuk melaksanakan tugas itu dalam tempoh 90 minit nanti,” katanya.

Malah tegasnya, dia tidak bimbang dengan percaturan strategi Cheng Hoe yang mahu mengekang penjaring terbanyak dalam kempen Piala Malaysia, Francis Forkey Doe pada aksi timbal balik itu.

“Dia boleh rantai kemas Forkey Doe tetapi saya tak bimbang . Kami masih ada pemain lain seperti Piya (Mohd Badhri Radzi), Ahmad Fakri (Saarani), Mohamed Shawky (Aly) dan Mohd Khairul Izuan (Rosli) yang boleh menjaringkan gol,” katanya.

Meskipun optimis menumbangkan Kedah, pengendali kelahiran Ghana itu mengakui Kelantan belum selamat kerana kelebihan dua gol bukan jaminan untuk  mengetuk pintu separuh akhir untuk berdepan sama ada Polis Diraja Malaysia atau Pahang, selepas ini. 

“Saya beritahu pemain, kita berada dalam situasi berbahaya sekarang. Jika menang 3-0 tempoh hari, kami sudah selesa tetapi ini keputusan 3-1. Atmosfera bola sepak Malaysia kadangkala cukup pelik, bukan seperti di Eropah, jika 3-1 habis begitu sahaja.

“Kelantan pernah menghadapi situasi seperti ini, menang 4-1 ke atas Terengganu (separuh akhir Piala FA musim lalu) tapi tewas 2-4 di tempat lawan. Saya tidak mahu ia berulang pada perlawanan malam esok (ini), ia boleh menjadi igauan buruk buat kami,” katanya yang
menuntut anak buahnya menghabiskan pertemuan itu dalam tempoh 90 minit

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 10.10.4

No comments:

Post a Comment