10 Oktober 2014
Kim Jong-Un ditahan?
PYONGYANG - KOREA UTARA.
Kehilangan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jung-un dari pandangan ramai
sejak sebulan lalu menimbulkan spekulasi bahawa beliau ditahan oleh rejimnya
sendiri.
Menurut Daily Mail, Profesor
Remco Breuker dari Universiti Leiden di Belanda percaya, kelibat Jung-un tidak
kelihatan kerana beliau telah dikenakan tahanan rumah.
"Tiada siapa yang
mengetahui keadaan terkininya atau di mana dia berada. Dia juga tidak kelihatan
di hospital, ada kemungkinan dia dikenakan tahanan rumah," katanya yang
dipetik dari ABC Australia.
Pemimpin berusia 31 tahun itu
kali terakhir dilihat ketika menghadiri sebuah konsert rakyat di Pyongyang pada
3 September lalu.
Selain spekulasi rampasan kuasa
di Pyongyang, khabar angin mengatakan pemimpin itu sedang sakit.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 10.10.14
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 10.10.14
No comments:
Post a Comment