Ad

Friday 31 October 2014

1.Huraikan peranan Aung San dan Sukarno dalam perjuangan gerakan kebangsaan di negara masing-masing.[20]

Pendahuluan
Aung San memainkan peranan penting memperjuangkan gerakan kebangsaan di Burma.
Manakala Sukarno pula memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Indonesia.
- Kedua-dua tokoh berjaya membawa negara ke arah kemerdekaan.
Isi-isi penting
AungSan
Aung San dilahirkan pada 13 Februari 1915 di Natmauk, Bahagian Tengah Burma. Beliau merupakan siswazah Universiti Rangoon
- Aung San merupakan pemimpin golongan Thakin dan penggerak perpaduan rakyat Burma.
- Mengkritik kerajaan British yang menguasai kawalan ke atas institusi universiti vang seharusnya merupakan institusi bebas.
- Memainkan peranan membantah Akta Universiti yang terlalu ketat.
- Dikenakan tindakan disiplin akibat peranan ini.
Pada tahun 1942, Jepun menyerang Burma. Tentera Kemerdekaan Burma di bawah Aung San membantu Jepun. Aung bekerjasama dengan Jepun untuk mendapatkan kemerdekaan.
Pada tahun 1944, Aung San menjadi Menteri Pertahanan dan mengadakan hubungan sulit dengan LPRAF. LPRAF anti-Jepun dan menjalankan kegiatan sabotaj yang meluas di seluruh negara.
- Setelah Jepun menyerah kalah, British kembali dan bersedia menyediakan Burrna ke arah bekerajaan sendiri.Pada tahun 1946, Aung San mengetuai satu rombongan kemerdekaan ke London dan berjaya.
- LPRAF di bawah pimpinan Aung San berjaya dalam Pilihan Raya April 1947.
- U Saw menentang Aung San. Aung San dibunuh oleh empat orang upahan U Saw semasa Ahli Jawatan Kuasa Dewan Bersidang menggubal perlembagaan Burma. U Saw ditangkap dan dihukum bunuh.

Sukarno
Sukarno merupakan anak seorang guru Jawa iaitu Raden Sukemi.Beliau dilahirkan di Jawa Timur pada 6 Jun 1901. Beliau mengikuti sistem pendidikan Eropah dan seterusnya memasuki Kolej Teknikal Bandung atau Maktab Teknik Bandung pada tahun 1921. - Membantu dalam penubuhan partai Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. PNI bertujuan mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Indonesia berdasarkan parlimen. ' Dasar PNI dan pimpinan Soekarno menyebabkan PNI menjadi parti paling popular di Indonesia. Soekarno ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1929. Dengan ini, PNI berpecah dan ahli-ahlinya menyertai parti lain.
Sukarno menentang Belanda. Sukarno dibuang negeri ke Irian Barat pada tahun 1933 dan hanya dibebaskan oleh lepun pada tahun 1912.
- Semasa pendudukan ]epun, Sukarno memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme.
- Sukarno dibebaskan dan diberi jawatan penting dalam pentadbiran Jepun. Sukarno dalam usaha untuk membangkitkan semangat nasioanalisme telah berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sukarno memberikan maklumat yang penting kepada Syahrir untuk membantu kaurn gerila yang lain dalam kegiatan sabotaj menentang Iepun.
- Sukarno menjadi pengerusi PUTERA yang ditubuhkan oleh Jepun demi rnendapatkan sokongan para nasionalis tempatan. PUTERA mendapat sokongan ramai kerana dasarnya untuk menuntut pemerintahan sendiri.
Kemudian, Jepun membentuk Hokokai dan Sukarno menjadi pemimpin utama. Sukarno memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia.
- Pada tahun 1945, Sukarno menyampaikan lima dasarnya yang akan menguasai pernbentukan Indonesia merdeka. Lima dasar ini ialah Pancasila.
- Selepas lepun menyerah kalah, Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia. Sukarno menjadi presiden. Kemerdekaan ini tidak diakui oleh Belanda. Indonesia hanya mendapat kemerdekaan melalui revolusi.
Kesimpulan
- Aung San dan Sukarno merupakan golongan intelektual yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Myanmar dan Indonesia.

- Mereka berjava membebaskan negara masing-masing daripada penjajahan Inggeris dan Belanda.

No comments:

Post a Comment