PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan
Bakri (tengah) diasak dua pemain Felda, Mohd. Aizul Ridwan (kiri) dan Mohd.
Nasriq Baharom dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
- UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
Advertisement
SHAH ALAM - Juara 32 kali
Selangor tersembam di laman sendiri apabila kalah tewas 0-4 di tangan naib
juara Liga Perdana, Felda United di Stadium Shah Alam dalam aksi suku akhir
pertama Piala Malaysia malam tadi.
Pertahanan Selangor ternyata
tidak berupaya mengekang pergerakan Ndumba Makeche yang meledak hatrik dengan
jaringan pada minit ke-19, 83 dan 85.
Satu lagi gol Felda
disumbangkan Edward Wilson Junior pada minit ke-45 hasil hantaran silang Mohd.
Raimi Md. Noor.
Bertambah memburukkan keadaan,
para penyokong Selangor membaling bom asap pada minit ke-86 yang dijangka akan
menyebabkan skuad The Red Giants pasti dikenakan hukuman berat oleh FAM.Sementara
itu pasukan pilihan Johor Darul Tazim (JDT) sekadar seri tanpa jaringan dengan
Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Mendominasi hampir sebahagian
besar aksi babak pertama khususnya pada awal perlawanan, anak buah Abdul Rahman
Ibrahim bagaimanapun dihampakan oleh kegagalan rangkaian penyerang mereka
menyudahkan peluang, terutamanya menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan
Ashaari Shamsudin.
Pelawat yang sesekali mengasak
berpeluang mendahului namun benteng pertahanan tuan rumah yang diterajui
Vincent Bikana berjaya menidakkan peluang tersebut.
Keputusan seri 0-0 itu
bagaimanapun memberi kelebihan kepada JDT yang akan menjadi tuan rumah di Johor
Bahru 18 Oktober ini.
Dickson Nwakaeme pula
menyelamatkan Pahang yang menempah laluan berduri apabila sekadar seri 1-1
dengan PDRM di Stadium Darul Makmur, yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah
Nasril Nourdin dibuang padang.
Orang besi Nwakaeme menjaringkan
gol pada minit ke-55 setelah PDRM terlebih dahulu memperoleh gol pertama minit
ke-42 apabila sepakan bebas Charles Souza Chad di luar kotak ditepis penjaga
gol gantian Khairul Azhan Mohd. Khalid hanya untuk menyaksikan Fauzi Abd. Majid
menyambar bola dan menyepak masuk.
Sepakan bebas itu diperoleh
apabila penyerang dari Maldives, Ali Ashfaq dijatuhkan oleh Nasril di luar
kotak penalti yang menyebabkan dia dibuang padang.
Kelantan pula meraih bekalan
selesa untuk ke Alor Setar nanti apabila menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Sultan
Muhammad Ke-IV apabila Francis Forkey Doe menjaringkan dua gol.
Beraksi dalam keadaan hujan
renyai di hadapan lebih 25,000 penyokong setia, Kelantan bermula garang apabila
berjaya mendahului Kedah seawal minit ketujuh hasil jaringan Forkey Doe yang
tenang menanduk masuk bola menerusi sepakan penjuru ketua pasukan Mohd. Badri
Radzi.
Forkey Doe sekali lagi
menceriakan penyokong tuan rumah dengan meledakkan gol kedua pada minit ke-24
dan semakin selesa 15 miinit selepas rehat apabila Ahmad Fakri Saarani
meledakkan gol ketiga pada minit ke-60 menerusi tandukan terbang untuk menyambut
umpanan Mohd. Badhri Radzi.
Kedah berjaya merapatkan jurang
jaringan pada minit ke-70 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti oleh
pemain gantian, Syafiq Ahmad. Jaringan tersebut menyuntik semangat pelawat yang
terus mengasak sehingga hampir memperolehi gol kedua pada minit ke-79 namun
rembatan kencang Baddrol Baktiar dari luar kotak penalti ditepis keluar Khairul
Fahmi Che Mat.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141004/su_06/Felda-malukan-Selangor-di-Shah-Alam#ixzz3F7tYBYKK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment