Kuantan: Pengendali skuad Tok
Gajah, Zainal Abidin Hassan menerima keputusan seri dengan hati terbuka selepas
skuadnya terikat 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan suku
akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.
Pada masa sama, skuad bekas
pemain kebangsaan itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang baki 50 minit
permainan selepas Mohd Nasril Nourdin di perintah keluar padang kerana
mengasari pemain lawan.
Katanya, keputusan itu juga
tidak bermakna impian mempertahankan piala berpretij itu tersekat kerana
perlawanan masih lagi berbaki 90 minit.
“Saya harap suku akhir kedua
nanti pemain bijak memanfaatkan segala peluang yang dimiliki dan tidak
mengulangi kesilapan dilakukan pada perlawanan malam ini (kelmarin),” katanya.Pada
perlawanan itu, Mohd Nasril Nourdin dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan
Ashfaq Ali lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama. Pahang perlu
berterima kasih kepada penyerang importnya, Dickson Nwakaeme kerana berjaya menyamakan
kedudukan selepas PDRM selesa mendahului menerusi jaringan Mohd Fauzi Abd
Hamid.Sementara itu, jurulatih PDRM, Azman Adnan berbangga kerana pemainnya
dapat melakukan jaringan yang mampu meneruskan perjuangan memburu tiket separuh
akhir piala berprestij itu.
Katanya, jika dinilai dari segi
keputusan, peluang ke pusingan seterusnya masih ada dan beraksi di gelanggang
sendiri akan dimanfaatkan sebaiknya.“Oleh itu, kami perlu lebih tenang dan
memperbaiki segala kelemahan yang ada jika mahu meneruskan perjuangan ke
separuh akhir,” katanya.
Sumber-
Artikel ini disiarkan MYMETROpada
: 2014/10/05
No comments:
Post a Comment