FAUZI menjadi wira Pahang
apabila menjaringkan gol pada masa tambahan ketika menewaskan PDRM 2-1 di
Stadium Shah Alam kelmarin.
KETUA jurulatih Pahang, Zainal
Abidin Hassan optimis mengenai peluang skuad kendaliannya pada saingan separuh
akhir Piala Malaysia menentang Kedah selepas kehilangan dua tonggak utama yang
digantung satu perlawanan.
Beliau yakin keputusan
cemerlang yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mampu
diterjemahkan pemain skuad Tok Gajah pada aksi separuh akhir pertama menentang
Kedah, 19 Oktober ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dua pemain berkenaan iaitu
penyerang, Dickson Nwakaeme dan pemain pertahanan, Damian Delano Stewart
dijangka kembali memperkuat skuad Tok Gajah pada aksi timbal balik di Stadium
Darul Makmur, Kuantan pada 24 Oktober depan.
“Sebelum ini, kita menerima
pelbagai dugaan termasuk penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin dilayangkan kad
merah ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuantan tempoh hari,
Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid yang masih tidak berapa sihat terpaksa
dimasukkan bagi menggantikan tempat Mohd. Nasril.
“Diakui Pahang kita berdepan
tugas berat berdepan Kedah (pada separuh akhir pertama) tanpa dua pemain ini,
namun saya yakin para pemain dapat melakukan sesuatu,” katanya kepada
pemberita.
Pahang mara ke separuh akhir
selepas menang agregat 3-2 ke atas PDRM manakala Kedah mengejutkan naib juara
2013, Kelantan menerusi kemenangan agregat 4-3 dalam satu lagi saingan suku
akhir.
Dalam pada itu, Zainal Abidin
memuji semangat juang yang dipamerkan barisan pemain yang tidak berputus asa
walaupun beraksi 10 pemain selepas Damian diperintah keluar padang oleh
pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab kerana mengutip kad kuning kedua.
“Alhamdulillah, mereka telah
menjalankan tugas dengan baik walaupun separuh masa pertama, corak permainan
kita agak terumbang ambing. Saya turut puji (pemain gantian), Mohd. Fauzi
Rozlan yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada babak terakhir
perlawanan,” ujarnya. – Bernama
sumber-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3G2xglCUD
kosmo online 14.10.14
No comments:
Post a Comment