AHAD, 19 OKTOBER 2014 @ 10:51
PM
ALOR SETAR: Kedah menewaskan
Pahang 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium
Darulaman, malam ini.
Tuan rumah membuka tirai jaringan
pada minit kesembilan hasil jaringan cantik pemain import Korea Selatan,
Namkung Wong daripada percubaan jarak jauh.
Selepas rehat, anak didik Tan
Cheng Hoe menguatkan lagi cengkaman apabila menambah gol kedua pada minit ke-49
hasil jaringan Farhan Roslan tetapi Pahang bangkit merapatkan jurang pada minit
ke-90 hasil jaringan Matias Conti.
Namun, selang dua minit
kemudian Khyril Muhymeen Zambri menyumbat gol ketiga untuk memberi modal selasa
buat skuad Helang Merah.
Sumber-Berita Harian online 19.10.14
No comments:
Post a Comment