Kedah menang 3-1 ke atas Pahang
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
PEMAIN Kedah, Mohd. Hanif Mat
Dzahir berjaya melepasi kawalan pemain Pahang, Azidan Sarudin pada aksi separuh
akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 menentang Pahang di Stadium Darul
Aman, Alor Setar malam tadi.
Advertisement
KEDAH selaku pasukan bukan pilihan,
sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya mengatasi juara bertahan, Pahang
3-1 pada saingan separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium
Darul Aman Alor Setar, malam tadi.
Bermain di hadapan lebih 30,000
penyokong sendiri, Kedah memulakan permainan dengan aksi meyakinkan dengan
melakukan serangan bertali arus ke gawang pasukan lawan.
Usaha skuad Helang Merah
membuahkan hasil seawal minit kesembilan menerusi pemain importnya, Namkung
Woong yang melepaskan rembatan kecang daripada luar kotak penalti untuk
membolehkan tuan rumah mendahului 1-0.
Skuad Tok Gajah yang cuba untuk
bangkit, sekali lagi dikecewakan apabila gawang golnya dibolosi sekali lagi
pada minit ke-49 menerusi Mohd. Farhan Roslan yang menanduk kemas bola hantaran
Baddrol Bakhtiar.
Namun, pada minit-minit akhir
perlawanan, gawang Helang Merah berjaya dibolosi Pahang menerusi Matias Ruben
Conti.
Bagaimanapun, kegembiraan
Pahang hanya seketika apabila Kedah berjaya menyumbat gol ketiga menerusi
Khyril Muhymeen, sekali gus membolehkan Kedah mendahului 3-1.
Skuad Tok Gajah turut membuat
asakan namun ternyata benteng pertahanan Kedah selaku juara trebel musim
2007/08 sukar ditembusi.
Kelebihan agregat dua gol itu
akan menjadi pembakar semangat kepada Kedah untuk terus menyumbat gol di tempat
lawan pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Darul
Makmur di Kuantan, Pahang pada 24 Oktober nanti.
Hadir menyaksikan perlawanan
malam tadi ialah Tengku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan
Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
“Saya kagum dengan komitmen
para pemain Kedah pada perlawnaan ini. Mereka telah bekerja keras sepanjang
perlawanan ini dan inilah hasilnya. Saya berharap rentak cemerlang ini akan diterukan
pada aksi kedua di Kuantan nanti,” jelas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.
Sumber-Kosmo online 20.10.14
No comments:
Post a Comment