Lebih 450,000 pelajar duduki
PT3
KHAIR Mohamad Yusuf meneliti
pelajar menjawab soalan kertas Bahasa Melayu bagi PT3 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sentul Utama, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Roy Azis
Abd. Aziz
Advertisement
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak
453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang
julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari
ini hingga Khamis (16 Okt).
Menurut kenyataan Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang
menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Mata pelajaran selebihnya ialah
Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa
Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
"Pengurusan dan
pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah
tanggungjawab pengetua sekolah.
"Bagaimanapun, Lembaga
Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi
pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon,"
menurut kenyataan itu.
Pelaporan pencapaian murid bagi
PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu..
PT3 dimulakan dengan instrumen
kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai,
ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian
bertulis dari 13 hingga 16 Okt.
PT3 dimulakan dengan instrumen
kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai,
ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian
bertulis dari hari ini hingga Khamis.
Sementara itu, semua set soalan
ujian PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan diuruskan oleh pengurusan
sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk
Dr. Khair Mohamad Yusof berkata setiap sekolah bertanggungjawab memilih set
soalan akan dijawab calon ujian PT3 dan kebarangkalian soalan yang sama dipilih
antara sekolah adalah rendah.
"Sebagai contoh, dalam 30
soalan oleh kementerian (Lembaga Peperiksaan), pihak sekolah akan memuat turun
hanya satu atau dua soalan sahaja yang mungkin sama dengan sekolah lain,"
katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Ujian PT3 di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, di sini.
Beliau berkata, proses
pemeriksaan kertas ujian bertulis PT3 pula akan dilakukan oleh guru sekolah
masing-masing dengan pemantauan dan verifikasi oleh pentaksir kawasan dan
pentaksir negeri.
Mengenai pelaksanaan PT3 di SMK
Sentul Utama, Khair berkata beliau berpuas hati dengan kerja-kerja persiapan
dan pelaksanaan dari aspek pengurusan ujian bertulis PT3.
Turut hadir ialah Pengarah
Pendidikan Wilayah Persekutuan Datin Nawal Salleh dan Pengetua SMK Sentul Utama
Norsiah Yahya. - BERNAMA
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141014/dn_02/Lebih-450000-pelajar-duduki-PT3#ixzz3GBANe5za
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment