ROSILAWATI ROSEDI
18 Oktober 2014
Zainal memberikan arahan kepada
Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar
Harian Oleh Mohd Khairul Azrin. Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah)
semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd
Khairul Azrin.
TERLEPAS beraksi di peringkat
suku akhir Piala Malaysia 2014, penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti
tidak sabar mempamerkan taring berdepan Lang Merah di Stadium Darul Aman malam
esok, lapor ROSILAWATI ROSEDI.
Tidak dapat diturunkan dalam
dua perlawanan berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kad merah yang diterima dalam aksi
terakhir peringkat kumpulan di Pasir Gudang, penyerang kelahiran Argentina itu
pastinya menjadi senjata ampuh buat Pahang.
Malah ketiadaan pemain berusia
24 tahun itu sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Pahang terutamanya
penyudah baik yang diharapkan.
"Saya percaya dengan
kerjasama rakan sepasukan dan semangat pemain akan membantu Pahang mencari
bekalan selesa. “Yang penting taktikal dan strategi yang ditetapkan jurulatih
(Zainal Abidin Hassan) akan kami gunakan sebaik mungkin," tegasnya.
Mengakui kecewa kerana tidak
dapat beraksi sebelum ini, Conti ingin mempamerkan aksi sebaik mungkin membantu
Pahang mencatat kejayaan dalam aksi separuh akhir sekali gus menempah tiket
final musim ini.
Ketiadaan Orang Besi, Dickson
Nwakaeme yang digantikan kerana dua kad kuning pastinya menjadikan Conti
pilihan pilihan Zainal Abidin untuk mengetuai jentera serangan dan dijangka
bakal digandingkan bersama Mohd Fauzi Rozlan.
Sumber-Sinar Harian online
No comments:
Post a Comment