Kharleez berbasikal solo ke
China
Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
berita@kosmo.com.my
KHARLEEZ akan memulakan
ekspedisi berbasikal secara solo dari Kuala Lumpur ke Kunming, China Sabtu ini.
KUALA LUMPUR – Siswazah
Universiti Multimedia (MMU) Melaka, Sheikh Kharleez Bamadhaj Jaffar nekad untuk
melakukan ekspedisi kayuhan basikal secara solo dinamakan Kayuh Adventure yang
melibatkan perjalanan sejauh 3,200 kilometer ke Kunming, China dalam usaha
murni mengumpul dana untuk membantu pesakit klef bibir dan lelangit di negara
ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda
Perdagangan Antarabangsa berusia 22 tahun itu akan memulakan kayuhan tersebut
Sabtu ini merentasi lima buah negara termasuk Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam
dan dijangka tiba di China pada 31 Disember ini.
Katanya, sepanjang kembara
tersebut, dia akan melalui beberapa bandar utama iaitu Bangkok, Thailand;
Vientiane, Laos dan Hanoi, Vietnam sebelum berakhir di Kunming, China.
Sumber-Kosmo online 20.10.14
No comments:
Post a Comment