Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
(shofi.isa@utusan.com.my) | 25 Oktober 2014 2:00 A
KUANTAN , 24 oktober 2014 ,
Penyerang import Pahang, Matias Ruben Conti (tengah) diraikan rakan sepasukan
selepas menjaringkan gol untuk pasukan Pahang ketika bertemu Kedah dalam
perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur disini hari
ini.Gambar:MAHATHIR ALI Pemberita: Herman Hamid / Shofi Mat Isa
Matias Ruben Conti (tengah)
diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan
Matias Ruben Conti (tengah)
diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol untuk pasukan Pahang ketika
bertemu Kedah dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darul
Makmur disini hari ini. – utusan/MAHATHIR ALI
KUANTAN , 24 oktober 2014 ,
Penyerang import Pahang, Matias Ruben
KUANTAN , 24 oktober 2014 ,
Penyerang import Pahang, Matias Ruben Conti (dua kanan) diraikan rakan
sepasukan selepas menjaringkan gol untuk pasukan Pahang ketika bertemu Kedah
dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur disini
hari ini.Gambar:MAHATHIR ALI Pemberita: Herman Hamid / Shofi Mat Isa
KUANTAN – Ini baharu Pahang!
Setelah tewas 1-3 kepada Kedah
dalam separuh akhir pertama, Ahad lalu penyandang juara, Tok Gajah membuktikan
mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berpesta gol 5-0 di Stadium Darul
Makmur, sekali gus mara ke final Piala Malaysia menerusi agregat 6-3.
Kemenangan itu juga merupakan
hadiah paling bermakna buat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersempena hari
keputeraan baginda pada semalam.
Pada perlawanan separuh akhir
kedua semalam, Tok Gajah membuktikan status pasukan itu sebagai juara bertahan
apabila membelasah skuad Lang Merah 5-0.
Penyerang import Pahang dari
Argentina, Matias Conti menjadi hero pasukan apabila menjaringkan hatrik pada
minit ke-3, 29 dan 36, manakala dua lagi gol dijaringkan oleh R. Gopinathan
minit ke-25 serta 73, sekali gus meranapkan impian Kedah untuk ke final piala
berprestij itu.
Kelebihan beraksi di depan
kira-kira 35,000 penyokong sendiri nyata digunakan sepenuhnya oleh Pahang
apabila pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu berjaya menjaringkan gol
pertama seawal minit ketiga selepas sepakan penjuru Azidan Sarudin ditanduk
cantik Conti ke penjuru kanan gawang lawan menewaskan penjaga gol Lang Merah,
Saiful Amar Sudar.
Pada minit ke-25 Gopinathan
memastikan agregat menjadi 3-3 apabila pemain yang baharu menyambut Deepavali
itu menjaringkan gol kedua Tok Gajah apabila dengan mudah menolak masuk
hantaran lintang pemain sayap, Azammuddin Mohd. Akil atau Alex.
Menyedari kedudukan itu akan
membawa Pahang ke final, Kedah cuba bangkit, namun anak buah Tan Cheng Hoe
sekali lagi dikejutkan apabila Conti dengan mudah menolak masuk hantaran Alex
dari sebelah kanan padang menjadikan kedudukan 3-0 selang empat minit kemudian.
Conti melengkapkan hatriknya
minit ke-36 setelah Dickson Nwakaeme bijak menggunakan keupayaan fizikalnya
mengawal bola dalam kotak penalti meskipun dikawal dua pertahanan Kedah untuk
melorong bola kepada Conti yang merembat kencang melepasi Saiful Amar.
Biarpun ketinggalan, Kedah
tidak berputus asa melakukan serangan terutama tonggak pasukan itu, Baddrol
Bakhtiar melakukan beberapa cubaan jarak jauh untuk merapatkan kedudukan namun
usahanya gagal menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Md. Khalid.
Bermula separuh masa kedua,
Pahang menggandakan asakan dan memiliki beberapa peluang untuk menambah
jaringan.
Pada minit ke-73, Gopinathan
yang menggunakan kelincahan serta kepantasannya berjaya melakukan gerakan solo
menewaskan beberapa pertahanan Kedah dan melakukan rembatan kencang untuk
jaringan kelima Tok Gajah.
Tamat perlawanan, Pahang
menewaskan Kedah dengan jaringan 5-0, sekali gus layak ke perlawanan akhir
Piala Malaysia dengan agregat 6-3 bagi bertemu sama ada Johor Darul Ta’zim
(JDT) atau Felda United yang akan berentap dalam satu lagi separuh akhir hari
ini.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-naik-minyak-1.16467#sthash.SLpwo0z5.dpuf
No comments:
Post a Comment