Ad

Tuesday, 21 October 2014

Saya tahu siapa dia’

Khairy enggan mengesahkan atlet itu adalah Lee Chong Wei
Oleh ZAZALI JAMIAN (sukan@utusan.com.my)  |  22 Oktober 2014 3:23 AM

INCHEON 28 SEPTEMBER 2014 - Pemain negara, Lee Chong Wei, ketika
INCHEON 28 SEPTEMBER 2014 - Pemain negara, Lee Chong Wei, ketika

INCHEON 28 SEPTEMBER 2014 - Pemain negara, Lee Chong Wei, ketika bertemu, Lin Dan, pada pelawanan separuh akhir di Gyeyang Stadium, Incheon, Korea,

“Saya sudah jumpa atlet tersebut.”

Itu kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sekali gus mengesahkan ada atlet negara positif ujian doping.

Malah, beliau menyifatkan ia sebagai kes berprofil tinggi, biarpun enggan mendedahkan nama atlet dan sukan terlibat.

Jawatankuasa ad-hoc yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz turut ditubuhkan dan Ketua Unit Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), Nishel Kumar telah ditubuhkan untuk menyiasat kes ini.

Khairy bagaimanapun enggan mengesahkan ketika ditanya apakah benar atlet tersebut adalah pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei seperti yang digembar-gemburkan.

Beliau hanya berkata, atlet tersebut gagal ujian do­ping dalam satu kejohanan antarabangsa dan telah dimaklumkan tentang perkara tersebut melalui surat bertarikh 1 Oktober 2014.

“Sewaktu berjumpa atlet ter­sebut, dia terkejut apabila me­ngetahui gagal dalam ujian doping, namun tetap memberikan kerjasama baik kepada A­damas dan WADA (Agensi Anti-Doping Dunia).

“Saya juga dimaklumkan atlet tersebut telah meminta untuk sample B diuji pada 16 Oktober lalu dan mahu melihat sendiri proses tabung sample B dibuka.

“Buat masa ini atlet tersebut masih menunggu maklum balas daripada pihak terlibat berhubung tarikh bila sample B akan dibuka dan saya juga hanya dapat memberitahu sample B tersebut ada di sebuah makmal yang diiktiraf WADA di luar negara,” katanya selepas melakukan walkabout di bazaar Deepavali Little India, Brickfield, di sini, semalam.

Kelmarin, sumber Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain elitnya positif dadah melalui ujian air ken­cing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

Malah sumber tersebut memberitahu, pemain itu adalah lelaki, selain turut meraih pingat pada Sukan Asia di Incheon.

Dalam pada itu, Khairy berkata, jika atlet tersebut disahkan positif maka pencapaiannya pada kejohanan terlibat tidak dikira.

“Hanya kejohanan yang atlet terbabit didapati positif sahaja akan terjejas. Apa pun kita perlu tunggu keputusan daripada sample B.

“Mengikut garis panduan yang telah ditetapkan persatuan sukan antarabangsa sukan atlet tersebut terlibat, nama dan butiran melibatkan atlet tersebut perlu dirahsiakan hingga keputusan sample B diketahui.

“Saya juga tidak tahu bila kita akan boleh dapat keputusan daripada sample B kerana masih menunggu maklum balas persatuan sukan antarabangsa terlibat,” kata Khairy.

Sementara itu, Khairy turut memberitahu nasib Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sama ada digantung atau tidak atas dakwaan wujud kelemahan dalam pengurusan kewangan hanya akan diumum Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail selewat-lewatnya, Jumaat ini.SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/8216-saya-tahu-siapa-dia-8217-1.15460#sthash.o9J6Y0Pi.dpuf

No comments:

Post a Comment