OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Bulan Februari 1996 saya
berpindah ke SMK Jengka 2, sebuah sekolah menengah yang mempunyai pelajar paling
ramai di daerah Maran. Jumlah guru di SMK Jengka 2 95 orang dan terdapat 38
orang guru lelaki. Ramai juga guru lelaki tetapi cuma Muhammad Zain Mat yang
sudi menerima salam persahabatan saya. Selain dari itu saya merasa gembira
kerana Cikgu Yusof Abdullah sahabat lama di UKM pada tahun 1984-1988 turut
mengajar di situ.
Dari kiri;Ahmad
Yaakob,Husaini,Yusof Abdullah dan allahyarham Muhammad Zain
Berpindah sekolah baru setelah enam tahun
di SMK Tengku Abdullah Pekan agak memeritkan. Sekolah baru bermakna saya
terpaksa mencari rumah sewa baru, menghadapi suasana baru di Felda Jengka 2
yang berbeza dari suasana kampung di Jalan Rompin Lama Pekan. Kehidupan di
Pekan amat selesa kerana rumah sewa dekat dengan bandar dan cuma setengah
kilometer dari sekolah.Ketika itu kalau nak ke Pasar cuma tiga minit sahaja.
Pasar Minggu juga dekat dengan rumah dan terletak di SK Sri Biram. Bandar Pekan
juga terdapat banyak pangkalan ikan laut. Contohnya di Pasir Panjang dan Kuala
Pahang. Ikan yang dijual sangat murah, tetapi selalunya dapat percuma kerana
ramai pelajar SMK Tengku Abdullah tinggal di situ dan sangat pemurah dengan
cikgu.
Kenangan pertama di SKM Jengka 2 ialah kesukaran saya mencari di
mana letaknya SMK Jengka 2. Ketika bertolak dari Felda Jengka 4 ke Jengka 2
saya bayangkan sekolah ini terletak di kawasan yang berhampiran jalan besar.
Tetapi andaian itu meleset kerana setelah sampai ke Felda Jengka 2 saya dapati
tidak ada sekolah menengah di jalan masuk utama Felda Jengka 2. Setelah melihat
label SMK Jengka 2 saya terus masuk ke jalan utama Felda Jengka 2 sehingga
ternampak label asrama SMK Jengka 2. Kemudian saya terus memandu perlahan dan
mula melintasi barisan kedai MARA, Klinik Jengka 2 dan mula menurun bukit dan SK
Jengka 2. Kemudian saya meneruskan perjalanan dan terkejut besar kerana SMK
Jengka 2 rupanya terletak di atas puncak bukit. Saya terus memandu perlahan
mendaki bukit dan apabila sampai ke atas saya terlanggar label sekolah.
No comments:
Post a Comment