Ad

Friday, 31 October 2014

Faizol, Saiful ‘duri’ lebur Johor DT


BARISAN pemain skuad Pahang yang akan membuat perhitungan dengan Johor DT pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) dan Pahang akan turun membuat perhitungan pada final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok bagi menentukan siapa Raja Bola Sepak negara musim ini.

Ia pasti perlawanan yang hebat kerana kedua-dua pasukan memiliki kelebihan tersendiri dengan Johor DT turun selaku juara Liga Super musim ini manakala Pahang pula memegang status sebagai juara bertahan Piala Malaysia.

Selain itu, skuad yang mendapat jolokan Tok Gajah itu turut memiliki dua lagi gelaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini iaitu juara Piala Sumbangsih dan juga Piala FA.

Berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, peminat bola sepak tempatan boleh menjangkakan dua gergasi bola sepak negara itu akan menyajikan mutu permainan yang berkualiti dan menarik.

Kedua-dua pasukan juga ada misi penting untuk dilunaskan dengan Pahang memburu gelaran trebel manakala Johor DT pula mahu menamatkan penantian selama 23 tahun untuk menjulang piala berprestij itu selepas kali terakhir bergelar juara pada tahun 1991.


JOHOR DT yang memiliki status juara Liga Super musim ini bertekad membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Johor selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1991.

Atas kertas, Pahang dilihat memiliki kelebihan kerana memiliki rekod cemerlang ke atas pasukan lawan mereka itu. Dalam empat pertemuan musim ini, Pahang telah mencatat rekod cemerlang iaitu menang dua kali dan seri dua kali.

Dalam saingan Liga Super, Pahang menang 3-2 ke atas Johor DT pada pusingan pertama dan seri 2-2 pada pusingan kedua manakala dalam kempen Piala FA musim ini, Pahang turut melakar kemenangan 1-0 pada separuh akhir kedua selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3HhhUSOBY Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment