Ad

Friday 10 October 2014

FELDA United ke separuh akhir


Oleh Mohd Firdaus Hashim

Temerloh: FELDA United berjaya melakar sejarah baru dalam kempen Piala Malaysia apabila menempah tiket ke separuh akhir kempen Piala Malaysia selepas menyingkirkan bekas juara 32 kali Selangor dengan agregat 7-3 dalam aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Mini Temerloh, malam tadi.

Skuad Merah Kuning yang dikritik hebat sebelum ini susulan kekalahan besar dalam aksi suku akhir pertama, akhirnya berjaya bangkit daripada lamunan dan mengotakan janji kepada penyokong setianya untuk meraih kemenangan di halaman lawan, namun tiga jaringan menerusi tonggak importnya masing-masing melalui sumbangan Paulo Rangel dengan dua gol dan satu menerusi sentuhan Andik Vermanshah belum cukup menghalang The Fighters untuk mara selaku empat pasukan terbaik.

Kesungguhan Mehmet untuk mencari kemenangan terbukti apabila pengendali itu melakukan rombakan dalam pasukan dengan mempertaruhkan penjaga gol veteran Mohd Hamsani Ahmad serta pertahanan kental Shahrol Abdul Kalam buat mengukuhkan barisan pertahananya selepas mudah roboh dalam aksi sebelum ini.

Kesungguhan pelawat mencari gol awal untuk cuba sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke masa tambahan terlihat apabila corak permainan menyerang yang ditunjukkan hampir membuahkan hasil pada minit kelapan menerusi percubaan penyerang Selangor Muhammad Afiq Azmi dibatalkan pengadil akibat offside.
 Foto
PEMAIN FELDA United Zah Rahan Krangar (tengah) diasak pemain Selangor pada perlawanan suku akhir pusingan kedua Piala Malaysia di Stadium Temerloh.


Dua minit kemudian giliran pemain tuan melakukan percubaan ke arah kubu Selangor, namun tandukan lemah ketua pasukan FELDA Mohd Shukor Adan tepat ke dakapan penjaga gol Selangor.


Ayam tambatan Selangor, Rangel berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-33 hasil rembatan kencang di dalam kotak penalti selepas menerima hantaran lambung daripada Muhammad Afiq Azmi disebelah kanan kubu tuan rumah buat membangkitkan semangat rakan sepasukannya.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, tuan rumah tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan satu sama menerusi jaringan Edward Junior Wilson. Namun, Andik membalas pada minit ke-52 untuk meletakkan merah kuning sekali lagi mendahului dengan 2-1.

Rangel menambah jaringan ketiga pelawat di minit ke-60, namun barisan kendalian Irfan Bakti tidak mudah berputus asa apabila bangkit mengikat kedudukan 3-3 hasil jaringan Edward dan Indra Putra Mahayuddin buat mengesahkan laluan ke pusingan seterusnya.
Sumber-

Artikel ini disiarkan MYMETRO pada : 2014/10/10

No comments:

Post a Comment