Ad

Saturday 4 October 2014

TMJ kini penasihat Presiden FAM



Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

 


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan di Kuala Lumpur semalam, yang turut dihadiri Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - UTUSAN/Farid Janudin
Advertisement

KUALA LUMPUR - Nafas baharu melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai penasihat kepada Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu diumumkan oleh Tengku Abdullah dalam sidang akhbar Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan di ibu negara semalam.

"Mulai hari ini, Tunku Ismail dilantik sebagai penasihat kepada saya dalam segala urusan mengenai bola sepak termasuk skuad kebangsaan.

"Cuma saya ingin maklumkan jawatan penasihat ini hanya sekadar nama namun tujuannya hanya satu iaitu meningkatkan mutu bola sepak kita bagi jangka masa panjang," katanya.

Tunku Ismail yang merupakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan penghargaan terhadap FAM kerana mempercayai kredibilitinya untuk membantu menaikkan martabat bola sepak negara.

"Ini adalah peluang terbaik saya dalam usaha memberikan sumbangan secara terus kepada bola sepak negara.

"Saya bersedia memberikan apa jua pandangan dan cadangan untuk memperbaiki mutu bola sepak kita.

"Bukan sahaja dalam aspek menaikkan mutu liga kita namun secara tidak langsung pembangunan skuad kebangsaan.

"Saya sedar untuk melihat bola sepak kita meningkat, kita tidak boleh melihat dalam tempoh yang singkat iaitu satu atau dua tahun tetapi memerlukan jangka masa yang lama," katanya.

Sementara itu, Tengku Abdullah mengumumkan pasukan Harimau Muda A akan dikekalkan bagi menghadapi Sukan SEA 2015 serta akan bersaing dalam Liga Singapura pada musim hadapan.

"Jawatankuasa memutuskan Harimau Muda A masih kekal dan mereka akan beraksi di Singapura sebagai satu pasukan hingga ke Sukan SEA."KPI (Indeks Prestasi Utama) mereka adalah layak ke perlawanan akhir Sukan SEA."Harimau Muda B pula, keutamaan mereka adalah kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun sementara Harimau Muda C bermain dalam Liga FAM," katanya.Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan turut memutuskan kejohanan Liga Belia di peringkat kebangsaan bakal diwujudkan pada tahun hadapan.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141004/su_07/TMJ-kini-penasihat-Presiden-FAM#ixzz3FDsru1ia © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment